Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

TAWAU – Seorang guru tuisyen mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan merogol anak kandungnya pada Disember tahun lalu hingga Mac tahun ini.

Tertuduh berumur 54 tahun dari Lahad Datu itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Jun hadapan sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak sulungnya berumur 25 tahun itu di sebuah hotel di Jalan Bakau, Tawau, pada 4 hingga 6 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua hingga keenam tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah hotel di Jalan Dunlop pada 18 hingga 19 Disember tahun lalu; 11 hingga 12 Januari; 29 hingga 30 Januari; 25 hingga 26 Februari dan 1 hingga 2 Mac lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketujuh, tertuduh didakwa merogol mangsa pada 18 hingga 19 Mac lepas di sebuah hotel di Jalan Masjid.

Oleh itu, atas semua pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin.

Sebelum ini, tertuduh turut didakwa dan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Lahad Datu atas 11 pertuduhan merogol dua anak kandungnya sejak berumur 15 dan 18 tahun.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 165 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya.

Related Posts

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

KEMAMAN— Operasi kilang bioteknologi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal ditamatkan pada 15 Oktober ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai nasib lebih 450 pekerja yang dikatakan terkesan. Maklumat ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

RAUB – Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir