AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah II, Datuk Seri Masidi Manjun menekankan kepentingan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam mempercepatkan transformasi digital negeri.

Menurutnya, AI berpotensi meningkatkan kecekapan melalui analisis data besar, automasi perkhidmatan kerajaan, keselamatan siber serta produktiviti sektor maritim dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Dalam era pendigitalan masa kini, potensi pembangunan ekonomi biru semakin signifikan dengan memberi fokus kepada pemanfaatan sumber laut secara mampan.

“Ia melalui teknologi digital, termasuk dalam sektor perikanan pintar, pelancongan marin serta pemantauan alam sekitar.

“Penggunaan AI turut diselaraskan dengan hala tuju pembangunan negeri di bawah pelan Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) yang menekankan transformasi ekonomi berteraskan inovasi, pelaburan berkualiti serta pembangunan lestari,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Masidi turut menyokong inisiatif tersebut dan Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam memacu transformasi digital, AI serta ekonomi biru Sabah.

“Kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada kerjasama strategik yang mampu membawa manfaat kepada rakyat, selaras dengan aspirasi SMJ 2.0 untuk memastikan pembangunan yang lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Malaysia Digital Chamber of Commerce (MDCC) yang diketuai oleh Pengerusi Emeritusnya, Dr Chris Daniel Wong bersama rombongannya, dalam satu pertemuan di pejabatnya, di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta memacu ekonomi digital dan peluang pelaburan teknologi di Sabah.

“Saya yakin program berteraskan digital, khususnya AI, mampu menghasilkan impak tinggi serta memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi digital dan sektor maritim di Sabah,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Chris Daniel berkata, program Forum Ekonomi Digital Malaysia 2026 anjuran MDCC akan berlangsung di Dewan International Technology & Commercial Centre (ITCC), Penampang pada 11 Ogos 2026, bermula pukul 2.00 petang, dengan mengetengahkan tema ‘Blue Economy & Artificial Intelligence – Driving Sustainable Digital Growth’.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan