Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

SANDAKAN – Seramai 160 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia pada 19 April lepas menerima 127 bakul makanan daripada Sabah Electricity (SE) pada Rabu.

Ketua Pengagihan (Operasi & Penyenggaraan) Zon Timur, Sabah Electricity, Sabarudin Akibe berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti terlibat.

“Kami sentiasa komited melaksanakan inisiatif tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu serta menyantuni komuniti yang memerlukan.

“Sabah Electricity amat bersimpati dengan nasib mangsa yang terlibat dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka meneruskan kehidupan seharian serta proses pemulihan.

“Selain bantuan segera, Sabah Electricity turut bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan bekalan elektrik di kawasan terjejas sentiasa terpelihara, termasuk pemeriksaan serta pemulihan infrastruktur yang terlibat,” ujarnya dalam kenyataan, pada Rabu.

Bantuan berkenaan diagihkan ke empat PPS iaitu PPS Batu Sapi, PPS SMK Batu Sapi, PPS SK Bahagia dan PPS Dewan Serbaguna Warga Tua bagi menyokong keperluan kebajikan mangsa, khususnya dalam menghadapi cabaran pasca bencana.

Dalam pada itu, Sabarudin berkata, Sabah Electricity akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong kesejahteraan komuniti selain memastikan perkhidmatan yang diberikan kekal selamat, stabil dan boleh dipercayai.

Related Posts

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

SHAH ALAM – Selangor berpotensi mencapai nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM500 bilion lebih awal daripada sasaran asal, sekali gus menjadi negeri pertama di Malaysia mencatat nilai ekonomi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut, dua parah kemalangan di Kampung Paya Pasir

MARAN – Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Temerloh, berhampiran Kampung Paya Pasir, di sini, awal pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

‘Tiada siapa usir sesiapa’ – Anak Aminuddin tampil jawab isu Tok Mat

‘Tiada siapa usir sesiapa’ – Anak Aminuddin tampil jawab isu Tok Mat

Tiga maut, dua parah kemalangan di Kampung Paya Pasir

Tiga maut, dua parah kemalangan di Kampung Paya Pasir

Naik taraf Jalan Lok Kawi-Kinarut RM70.6 juta dijangka kurangkan kesesakan

Naik taraf Jalan Lok Kawi-Kinarut RM70.6 juta dijangka kurangkan kesesakan