Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

CHELSEA melangkah ke final Piala FA selepas menewaskan Leeds United 1-0 dalam aksi separuh akhir di Wembley.

Jaringan tunggal perlawanan disempurnakan pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez pada minit ke-23 selepas menanduk masuk hantaran lintang Pedro Neto.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea – yang juga juara lapan kali – bakal membuat perhitungan dengan Manchester City dalam aksi final dijadual berlangsung bulan depan.

Walaupun mendominasi babak pertama, Chelsea terpaksa bergantung kepada ketangkasan penjaga gol, Robert Sanchez yang mempamerkan prestasi memberangsangkan bagi menafikan percubaan Brenden Aaronson dan Anton Stach.

Kejayaan itu hadir di sebalik kemelut melanda kelab berkenaan yang memecat pengendali, Liam Rosenior minggu lalu susulan lima kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Jurulatih sementara, Calum McFarlane yang mengendalikan pasukan pada aksi ini, dijangka terus membimbing Chelsea dalam perlawanan final Piala FA pada 16 Mei ini.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan