Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

ALOR SETAR – Kolam Titi Mega, Jalan Datuk Kumbar di sini gamat dengan kehadiran kira-kira 15,000 pemancing dari seluruh negara yang merebut hadiah kemenangan bernilai RM1 juta semalam.

Difahamkan, pemancing dari Terengganu bergelar jutawan apabila diumumkan juara dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta setelah berjaya menaikkan ikan keli seberat 9.5 kilogram.

Pemenang naib juara juga dari Terengganu dengan hadiah wang tunai dimenangi berjumlah RM100,000 apabila berjaya menaikkan ikan seberat kira-kira 8.5 kilogram.

Juara dan naib juara dilaporkan dari Terengganu manakala peserta tempat ketiga dari Selangor membawa pulang hadiah masing-masing.

Manakala tempat keempat menjadi milik peserta dari Selangor dengan membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM50,000 apabila berjaya menaikkan ikan seberat lebih kurang 8 kilogram.

Hadiah lumayan ditawarkan penganjur membolehkan pertandingan yang dianjurkan di kolam tersebut mendapat perhatian luar biasa dari peminat geng kaki pancing.

Setiap peserta pertandingan memancing dipercayai dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM220.

Penganjur juga dikatakan menyediakan hadiah wang tunai RM500 dan RM440 kepada pemenang sehingga tempat ke-700 yang membolehkannya menjadi buruan peserta dari seluruh Malaysia.

Related Posts

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan. Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

KOTA KINABALU – Kerjasama teknologi mesti menghasilkan peningkatan yang boleh diukur dari segi produktiviti, kemahiran tempatan dan peluang pekerjaan supaya dapat menyumbang secara bermakna kepada ekonomi Sabah. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara