Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan plastik dalam negara kekal stabil meskipun berdepan gangguan pengeluaran minyak dan gas global serta ketidaktentuan di Selat Hormuz.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, situasi semasa memberi kesan langsung kepada industri plastik yang bergantung kepada bahan mentah berasaskan petrokimia seperti nafta, ammonia, etilena dan propilena.

“Plastik adalah komponen asas dalam kehidupan harian, termasuk pembungkusan pembungkusan makanan, barangan pengguna dan peralatan kesihatan,” katanya dalam Taklimat Krisis Bekalan Global, semalam.

Sehubungan itu, Fadillah berkata, kerajaan sedang mempergiat usaha mendapatkan sumber tambahan, memperluas kerjasama antarabangsa serta meneroka bahan mentah alternatif bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan.

“Setakat ini, bekalan dalam negara masih mencukupi untuk sekurang-kurangnya dua bulan,” katanya.

Menurutnya, plastik memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk pembungkusan makanan, barangan pengguna, logistik dan peralatan kesihatan.

“Bahan berasaskan minyak dan gas digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Apabila berlaku gangguan kepada bekalan global, pengeluaran akan terhad dan kos dijangka meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Kementerian Kesihatan telah memperoleh bekalan tambahan nafta dan resin dari China bagi menyokong keperluan sektor kesihatan.

Mengulas lanjut, Fadillah menegaskan kerajaan tidak akan membiarkan rakyat menanggung kesan tekanan rantaian bekalan global secara bersendirian.

“Kerajaan akan terus memastikan bekalan keperluan harian rakyat kekal terjamin,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan telah mengambil langkah awal dan akan terus memperkukuh usaha dengan memberi tumpuan kepada tiga strategi utama, iaitu menjamin bekalan asas mencukupi, memanjangkan tempoh bekalan melalui pengurusan dan pengagihan berhemah serta mengekang kenaikan harga melalui pemantauan rapi dan tindakan tegas.

Terdahulu, industri pembuatan plastik negara dilaporkan dijangka terus berdepan ketidaktentuan dalam jangka masa pendek hingga sederhana susulan krisis di Asia Barat.

Beberapa gred resin turut dilaporkan melepasi paras AS$2,000 setan, meningkat lebih 100 peratus berikutan konflik yang mengganggu aliran minyak mentah dan bahan petrokimia melalui Selat Hormuz, sekali gus menjejaskan bekalan huluan bagi pengeluaran resin.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan