Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan.

Pengarah Program MBA Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, momentum itu turut didorong oleh perbelanjaan domestik yang kekal kukuh dalam kalangan pengguna.

Beliau berkata, unjuran pertumbuhan tersebut bagaimanapun lebih mencerminkan prestasi jangka pendek, khususnya dalam suasana ekonomi global yang masih tidak menentu.

“Jika konflik global tidak berlarutan, tekanan terhadap pertumbuhan KDNK dijangka berkurangan.

“Namun, secara keseluruhan, ekonomi Malaysia masih berupaya mengekalkan pertumbuhan yang positif,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP) pada Sabtu.

Ahmed Razman menegaskan bahawa tumpuan utama perlu diberikan kepada usaha memperkasa ekonomi domestik memandangkan faktor luaran berada di luar kawalan negara.

“Langkah seperti pelaksanaan insentif fiskal dan dasar monetari yang bersasar amat penting bagi memastikan industri tempatan terus berdaya tahan dan kompetitif,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, kesinambungan pelaburan langsung asing (FDI) yang telah diluluskan perlu dipastikan agar dapat direalisasikan mengikut perancangan.

“Pelaburan ini akan merangsang aktiviti ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan serta membantu meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya.

Jelasnya, pengukuhan asas ekonomi domestik menjadi kunci utama dalam memastikan Malaysia mampu mengekalkan pertumbuhan yang mampan meskipun berdepan cabaran global.

“Dengan pendekatan yang tepat, negara berpotensi mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan positif sepanjang tahun ini,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang