Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyantuni kecemerlangan pendidikan di daerah ini dengan menyampaikan sumbangan insentif berjumlah RM14,800 kepada pelajar MRSM Mukah yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM 2025.

Pemberian di bawah Program Biro Pendidikan Mukah itu merupakan manifestasi penghargaan kerajaan terhadap kesungguhan anak muda tempatan yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan keluarga.

Menurut Royston, beliau amat berbangga dengan pencapaian MRSM Mukah yang kini berada di kedudukan ke-40 daripada keseluruhan MRSM se-Malaysia, melonjak 10 tangga berbanding kedudukan ke-50 pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan Gred Purata Maktab (GPM) daripada 2.442 kepada 2.370 adalah bukti bahawa usaha gigih guru-guru dan pelajar telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan,” katanya.

Sumbangan tersebut diagihkan kepada 34 orang pelajar yang mencatatkan keputusan gred A yang tinggi.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Anugerah Prestasi Akademik Cemerlang & Pelancaran Program Kecemerlangan Akademik MRSM Mukah 2026 di Dewan Setiaraja, pada Jumaat.

Dalam majlis yang sama, Royston turut memberikan pengiktirafan kepada warga pendidik atas peningkatan gred purata bagi lapan subjek serta pencapaian lulus 100 peratus bagi dua subjek utama.

“Syabas kepada Pengetua, Tuan Mohammad Ghaffari Hamdan dan seluruh barisan guru. Komitmen luar biasa ini adalah nadi kepada kejayaan yang kita raikan hari ini,” tambah beliau lagi.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan