RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk.

Unit Komunikasi Korporat dan Media Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, kelulusan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai langkah segera memastikan keselamatan komuniti setempat terus terpelihara.

Kejadian yang berlaku pada 22 Mac lalu yang menyebabkan beberapa penduduk terjatuh ke laut ketika kunjungan Aidilfitri menuntut tindakan pantas bagi mengelakkan risiko berulang.

Menurut kenyataan tersebut pada Jumaat, peruntukan tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk membina semula titian pejalan kaki yang lebih kukuh dan selamat, sekali gus menggantikan struktur lama yang uzur dan berisiko.

Dalam pada itu, pelaksanaan projek berkenaan akan dipantau oleh Jabatan Perdana Menteri menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Sabah bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam tempoh terdekat.

Jelasnya, keputusan pantas ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesulitan yang dihadapi penduduk setempat serta keutamaan yang diberikan kepada aspek keselamatan awam.

Langkah tersebut selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan, kesejahteraan dan pembangunan infrastruktur inklusif, khususnya di kawasan penempatan pesisir yang bergantung kepada titian sebagai laluan utama harian.

Related Posts

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

KOTA KINABALU – Sabah muncul sebagai negeri mencatat jumlah pendaftaran tertinggi bagi kategori baharu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan Sektor Pengangkutan Darat (Persendirian Syarikat – Jip dan Pikap), sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media