Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

AHLI Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan media Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang dikeluarkan pada 2023.

Zulkifli yang membacakan penghakiman persetujuan bersama, berkata pihak defendan mengakui bahawa kenyataan yang dikeluarkan tersebut telah mengundang pelbagai tafsiran dan salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap plaintif (Fadhlina) yang menjejaskan nama baik beliau.

“Oleh yang demikian, kami bersetuju untuk menarik balik sepenuhnya, secara mutlak dan tanpa sebarang syarat kenyataan-kenyataan tersebut,” kata beliau.

Hakim Hilmiah Yusof kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dengan terma penyelesaian yang dinyatakan dalam draf persetujuan dan turut memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar kos berjumlah RM15,000 kepada plaintif.

Fadhlina memfailkan saman fitnah itu terhadap Zulkifli, bekas ketua pengarang Harakah, Mazlan Jusoh dan penerbit akhbar Harakah, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd berhubung dakwaan larangan takbir dan bacaan Qunut Nazilah sempena Minggu Solidariti Palestin.

Hakikatnya, Zulkifli berkata, pihak sekolah dibenarkan untuk membuat laungan takbir dan membaca qunut nazilah ketika Minggu Solidariti Palestin.

“Maka, kami memohon maaf kepada YB Fadhlina di atas kenyataan-kenyataan tersebut dan bersetuju membayar kos sebanyak RM15,000 kepada YB Fadhlina.

“Kami juga memberi akujanji kepada mahkamah bahawa kami tidak akan pada bila-bila masa selepas ini mengulangi, menerbitkan semula, menyebarkan atau mengulas kenyataan-kenyataan itu atau apa-apa kenyataan yang sama maksudnya, sama ada secara lisan, bertulis, melalui media sosial, media cetak, media elektronik atau dalam apa jua bentuk sekalipun,” katanya.

Zulkifli berkata, mereka akan mengambil segala langkah yang munasabah dan perlu bagi memastikan semua kenyataan tersebut diturunkan, dipadam dan tidak lagi disebarkan oleh mana-mana pihak di bawah kawalan mereka.

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Sesyen, pegawai-pegawai mahkamah dan barisan peguam yang terlibat atas profesionalisme dan budi bicara mereka dalam mengendalikan kes ini,” katanya.

Beliau berharap agar penyelesaian ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak, serta tidak dijadikan bahan yang boleh menggugat kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian negara.

Related Posts

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas pendirian konsisten negara itu dalam menangani isu Gaza dan perkembangan semasa yang melibatkan Iran.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta