Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

MUAR – Sebuah lagi kapal Malaysia yang membawa bahan api dan berjaya melalui Selat Hormuz dijangka tiba selewat-lewatnya hujung minggu ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, ketibaan kapal itu menyusuli kapal pertama yang tiba pada 17 April lalu dengan membawa sejuta tong minyak mentah, sekali gus dijangka mampu memperkukuh jaminan bekalan minyak mentah negara.

“Ini akan menjamin stok bekalan minyak mentah yang akan diproses di beberapa fasiliti refinery (loji penapisan) di dalam negara kita yang memungkinkan bekalan terutama bagi Petronas lengkap sehingga hujung bulan Jun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan diesel di dua stesen minyak di Pagoh, hari ini.

Turut hadir Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor, Lilis Saslinda Pornomo.

Sementara itu, Fahmi berkata, beliau mengambil maklum permohonan beberapa pihak yang mahu kuota subsidi BUDI95 dikembalikan, selain mengulangi jaminan kerajaan bahawa pelarasan kuota kepada 200 liter sebulan itu hanya bersifat sementara sehingga bekalan bahan mentah minyak negara kembali stabil.

Beliau berkata, perkara berkaitan bekalan bahan api negara juga dijangka dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) esok.

Dalam perkembangan sama, Fahmi memaklumkan bekalan minyak di 639 stesen minyak di seluruh Johor berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang gangguan atau kehabisan stok setakat ini.

Mengulas lawatan kerja dua hari ke Johor, beliau berkata, beberapa inisiatif telah dilaksanakan termasuk kerjasama dengan syarikat telekomunikasi bagi menambah baik liputan internet di sepanjang 1,700 kilometer jajaran landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Selain itu, beliau turut melancarkan Kempen Internet Selamat di Politeknik Tun Syed Nasir di Pagoh dalam usaha memperkasakan golongan belia menghadapi ancaman dunia digital.

Fahmi juga berkesempatan menyerahkan watikah pelantikan kepada 150 Ketua Komuniti MADANI bagi memperkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik