Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan.

Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada perbelanjaan pusat kebajikan, khususnya melibatkan penggunaan kenderaan bagi urusan harian.

Penolong Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Gabungan Rumah Kebajikan Perpaduan Negeri Selangor (PAKAR), Muhammad Syafiq Mohiadin berkata, bantuan seperti ini mampu membantu pusat kebajikan mengurus operasi dengan lebih baik.

Menurut beliau, kebanyakan pusat jagaan bergantung kepada sumbangan orang ramai dan penggunaan kenderaan merupakan antara keperluan penting dalam melaksanakan pelbagai urusan termasuk penghantaran bantuan, rawatan kesihatan serta kebajikan penghuni.

“Semua ini memerlukan kos bahan api yang tinggi dan semakin membebankan. Pusat kebajikan bukan sekadar organisasi biasa, sebaliknya menjadi tempat bergantung bagi golongan rentan seperti warga emas, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga miskin.

“Kos operasi dapat dikurangkan jika kerajaan menyediakan subsidi minyak secara bersasar kepada pusat kebajikan berdaftar. Secara tidak langsung, mereka boleh menumpukan lebih banyak sumber kepada kebajikan penghuni tanpa gangguan.

“Bantuan ini juga akan membantu memastikan perkhidmatan penting terus berjalan dengan lancar,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Sementara itu, Muhammad Syafiq berpendapat, pelaksanaan subsidi perlu disertai sistem pemantauan yang telus, dengan penggunaan kad khas, kuota bulanan atau mekanisme tuntutan yang jelas boleh mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut perlu dilaksanakan kerana penting dalam memastikan bantuan sampai kepada pihak yang benar-benar memerlukan.

“Cadangan ini turut mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap sektor kebajikan yang banyak bergantung kepada sumbangan masyarakat. Dengan sokongan tambahan, pusat kebajikan mampu beroperasi dengan lebih stabil dan berkesan.

“Subsidi minyak bukan sekadar bantuan kewangan tetapi pelaburan sosial yang memberi impak besar. Jika dilaksanakan dengan baik, langkah ini mampu memastikan kebajikan golongan memerlukan terus terpelihara dan tidak terpinggir,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kewangan diarah untuk menangani segera proses penyasaran subsidi diesel dengan menggunakan mekanisme sama seperti pemberian BUDI95 bagi minyak subsidi RON95.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  mengarahkan demikian dan mahu kementerian membentangkan perincian mengenai proses berkenaan sama ada pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) pada Selasa depan atau Mesyuarat Kabinet sehari kemudian.

Beliau berkata, kerajaan mula meneliti mekanisme yang terbaik untuk mengubah cara pengagihan subsidi BUDI Diesel Individu yang ketika ini dalam bentuk pindahan tunai kepada mekanisme sama yang digunakan bagi BUDI95.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing