KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, langkah ini penting bagi memastikan akses pendidikan lebih baik buat murid-murid di kawasan luar bandar.

“Di kawasan bandar, urusan ke sekolah biasanya tidak menjadi masalah, namun di kawasan pedalaman, perjalanan ke sekolah kadangkala boleh memakan masa antara satu hingga satu jam setengah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Sungai Kemahal, dekat Triang, Bera, bagi majlis penyerahan inisiatif Sekolah Angkat MADANI (SAM), hari ini.

Dilaksanakan di bawah program Genting Bersama Malaysia — yang merupakan payung tanggungjawab sosial korporat Genting Malaysia — sokongan yang diberikan membolehkan kedua-dua sekolah tersebut menambah baik kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Ahmad Zamri Md Isa; Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, Hanifah Veerankutty; dan Naib Presiden Eksekutif (Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam) Resorts World Genting, Spencer Lee.

Selain SK FELDA Sungai Kemahal, turut menerima inisiatif SAM adalah SK FELDA Kampung Sertik, dekat Bentong.

Dalam pada itu, Kah Woh menjelaskan, penambahan sekolah K11 bukan bermakna kerajaan perlu membina sekolah baharu.

“Sebaliknya, ia adalah sekolah sedia ada — sama ada sekolah rendah atau menengah — yang diperluas fungsinya untuk menempatkan kedua-dua peringkat pendidikan rendah dan menengah di bawah institusi sama,” jelasnya.

Kah Woh memaklumkan, sebelum tahun 2023, kementerian memperkenalkan inisiatif K9, di mana murid-murid belajar di bawah satu bumbung dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3.

“Pada tahun 2023, kami memperluas inisiatif ini kepada sekolah K11 yang merangkumi sehingga ke Tingkatan 5.

“Secara ringkasnya, kami menaik taraf dan memperluas K9 kepada K11 dengan mengenal pasti sekolah sesuai supaya anak-anak kita — terutamanya murid Orang Asli dan mereka yang tinggal di luar bandar — dapat kekal di sekolah sama dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5,” tambahnya.

Beliau juga menjelaskan pemilihan sekolah ditentukan JPN masing-masing kerana mereka lebih memahami keperluan setempat.

Setakat ini, terdapat 26 sekolah K9 dan sembilan sekolah K11 di seluruh negara.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung