Peruntukan RM15,000 seminggu bukan ‘senjata politik’ UMNO Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Bahagian Maran menyelar dakwaan dilemparkan wakil Pemuda Pas Pahang di media sosial dan menyifatkan ia ‘fitnah murahan’ yang bertujuan merosakkan reputasi kerajaan negeri.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan, sayap pemuda itu menyifatkan tuduhan tersebut bukan sahaja jelik, malah mencerminkan ketandusan integriti selain percubaan untuk mengelirukan rakyat melalui propaganda picisan.

“Isu utama dibangkitkan adalah peruntukan tambahan RM15,000 seminggu bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Pemuda UMNO Maran menegaskan bahawa dana itu bukanlah dana politik, ia adalah instrumen pentadbiran rasmi yang melalui prosedur ketat.

“Setiap pengeluaran tertakluk kepada akauntabiliti dan pemantauan pihak berkuasa dan ia diwujudkan khusus untuk mempercepatkan penyampaian bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup.

“Hanya mereka yang malas memahami sistem atau sengaja membutakan diri sahaja yang akan terus menabur cerita karut ini,” tegas kenyataan itu.

Pemuda UMNO Maran turut dengan amalan ‘politik longkang’ yang digunakan pihak lawan.

Katanya, ketika rakyat memerlukan solusi konkrit terhadap bebanan ekonomi, tindakan memutar belit fakta dianggap sebagai satu bentuk oportunisme tidak bermaruah.

“Kebebasan bersuara bukan lesen untuk berbohong… lidah tidak sepatutnya dijadikan senjata pemecah belah dalam kalangan rakyat.

“Kami tidak teragak-agak untuk terus membongkar setiap pembohongan dan menangkis tuduhan liar demi mempertahankan kebenaran,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, seorang pimpinan Pemuda Pas Pahang membuat hantaran di Facebook dengan mendakwa tindakan Wan Rosdy menyalurkan peruntukan khas RM15,000 setiap minggu kepada wakil rakyat kerajaan sebagai ‘merompak’ hak Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor