Premier Sarawak umum bantuan krisis Timur Tengah esok

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan bantuan khas susulan krisis berlaku di Timur Tengah baru-baru ini.

Abang Johari berkata, pengumuman tersebut bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat susulan ketidaktentuan ekonomi di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak sentiasa terus komited membantu rakyat dengan memberi inisiatif mengurangkan impak kenaikan kos khususnya kumpulan bersasar,” ujarnya.

Tambah Abang Johari, Sarawak juga sentiasa proaktif dan cakna kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Ini termasuk bantuan bersasar ini bertujuan mengekalkan kemampuan sara hidup serta meningkatkan kualiti hidup,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-30 BPHB di sebuah hotel terkemuka pada Selasa.

Sementara itu, Abang Johari memberitahu kerajaan Sarawak mahu mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih seperti tenaga hijau dan tenaga hidrogen.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

KOTA BELUD – Taman Perindustrian Kota Belud (KBIP) dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Sabah, khususnya penduduk di daerah tersebut apabila ia mula beroperasi kelak. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

KOTA KINABALU – Pusat sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memainkan peranan penting sebagai hab komuniti dengan pelbagai program bermanfaat yang membantu masyarakat setempat termasuk dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

  • By Ynom
  • May 18, 2026
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI