Sultan Kedah mahu status bebas cukai Langkawi dikembalikan

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar Kerajaan Persekutuan mengembalikan semula status Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan yang dinikmati sebelum ini.

Sultan Sallehuddin bertitah, baginda difahamkan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai masih kekal, namun beberapa keistimewaan yang sebelum ini dinikmati telah dikurangkan.

Titah baginda, ia termasuk pelaksanaan kadar cukai kepada kenderaan yang dihadkan, cukai-cukai kepada produk yang berasaskan tembakau serta barangan lain.

“Sehubungan itu, beta menyeru agar Kerajaan Persekutuan dapat mengembalikan status Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan-keistimewaan yang dinikmati seperti sebelum ini,” titah baginda pada Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Dalam titah sama, baginda berharap agar pihak berwajib dapat meneliti serta menambah baik sistem pengangkutan feri ke Pulau Langkawi.

“Beta juga difahamkan bahawa kekerapan ulang-alik feri ke Pulau Langkawi adalah amat terhad. Sehubungan itu, beta berharap agar pihak berwajib dapat meneliti serta menambah baik kepada sistem pengangkutan feri ke Pulau Langkawi.

“Antara inisiatif yang boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam hal ini adalah semakan dan kajian semula berhubung kadar subsidi diesel yang diberikan kepada pengusaha feri di Pulau Langkawi,” titah baginda.

Sultan Sallehuddin bertitah, kesan daripada isu berbangkit tersebut telah membawa kepada kemerosotan kemasukan pelancong yang akan menjejaskan pendapatan pengusaha dan peniaga di Pulau Langkawi serta perhubungan penduduk di pulau berkenaan.

“Usaha ini amat penting bagi memastikan potensi sebenar Langkawi dapat direalisasikan sepenuhnya sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri dan negara,” titah baginda.

Titah baginda, pembangunan di Pulau Langkawi yang berkembang pesat sebagai destinasi pelancongan utama negara wajar disokong dengan penyediaan infrastruktur yang mencukupi dan berdaya tahan.

“Walaupun pelbagai inisiatif pembangunan telah dilaksanakan, kekangan dari segi infrastruktur sokongan, aksesibiliti ke pulau serta kemudahan jeti yang efisien masih menjadi cabaran yang memberi kesan kepada kelancaran serta kepesatan pembangunan di pulau tersebut,” titah Sultan Kedah.

Related Posts

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

LAHAD DATU – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang merupakan pekerja sebuah stesen minyak, di sini, bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat kes penyalahgunaan subsidi diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) mengambil tindakan segera bagi memulihkan laluan di Jalan Tun Fuad Stephen (Tanjung Lipat) dengan melaksanakan kerja pemasangan Bailey…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas