KPDN Sabah tumpas penyelewengan diesel, rampasan hampir RM13,000

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya mematahkan satu kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi menerusi serbuan Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di Penampang, pada 10 April lalu.

Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk melakukan kegiatan mencurigakan di pam minyak berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang suspek lelaki berusia lingkungan 30-an sedang mengisi minyak diesel ke dalam tangka tambahan melalui saluran penutup isian minyak kenderaan tersebut dan melebihi had yang dibenarkan oleh arahan Pengawal Bekalan, sekali gus disyaki cuba menyeleweng barang kawalan bersubsidi secara tidak sah.

“Pemeriksaan turut menemukan sebuah tangki IBC berkapasiti 1,000 liter yang mengandungi anggaran kira-kira 250 liter diesel di mana nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM12,897.35,” kongsinya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Shahril Nizam, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM12,897.35 melibatkan beberapa barangan termasuk kenderaan jenis ISUZU Trooper berserta anak kunci, tangki IBC berkapasiti 1,000 liter, pam elektrik jenama PIUSI yang dipasang pada kenderaan, hos getah bersaiz 1.5 inci dan resit pembelian dan minyak diesel dalam tangki IBC sebanyak anggaran 249 liter.

“Suspek lelaki yang ditahan dalam kes ini termasuk pengusaha stesen minyak yang terlibat akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” ujarnya.

Tambah Shahril Nizam, operasi itu turut dilaksanakan selaras dengan arahan KPDN berkuat kuasa 1 April lalu yang menetapkan kawalan penjualan diesel mengikut kategori kenderaan dengan had antara 50 hingga 150 liter bagi setiap transaksi.

“Langkah ini penting bagi memastikan bekalan diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter tidak dieksploitasi oleh sindiket atau pihak tidak layak.

“KPDN mengalu-alukan kebersamaan dan partisipasi awam termasuk dalam menyalurkan maklumat berkaitan.

“Masyarakat diingatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat, serta tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mencetuskan situasi panik dan kegusaran awam.

“Sebarang perbuatan menyebarkan maklumat palsu atau tidak tepat boleh dikenakan tindakan tegas di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” tegasnya.

Dalam pada itu Shahril Nizam memaklumkan serbuan berkenaan adalah hasil pemeriksaan di bawah OPS TIRIS 4.0 yang telah dijalankan oleh Pegawai-Pegawai Pejabat KPDN Sabah khususnya berkaitan dengan aktiviti penyelewengan barang kawalan di stesen minyak di sekitar Kota Kinabalu serta berikutan arahan KPDN yang bermula pada 1 April 2026 khusus untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Operasi ini bertujuan untuk memastikan semua pemilik stesen minyak melaksanakan kawalan penjualan minyak diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat mengikut kategori kenderaan, dalam kuantiti 50liter, 100liter dan 150liter pada setiap transaksi pembelian.

“Langkah tersebut adalah penting bagi memastikan bekalan minyak diesel yang dijual pada harga subsidi RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan atau sektor industri yang tidak layak,” jelasnya.

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN, talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Related Posts

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

SERIAN – Bahang sambutan Hari Gawai semakin dirasai apabila pelbagai persiapan giat dilakukan oleh masyarakat Dayak di seluruh Sarawak, khususnya dalam kalangan keluarga dan komuniti rumah panjang. Daripada kerja menghias…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara