Masyarakat Kedayan Limbang bakal miliki bangunan bernilai RM25 juta

LIMBANG – Penantian panjang masyarakat Kedayan di daerah ini untuk memiliki bangunan persatuan sendiri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek pembinaan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM25 juta dan akan didirikan di atas tanah seluas kira-kira 1.6 hektar (empat ekar).

Menurutnya, kemudahan berkenaan merupakan antara pembangunan yang amat dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat.

“Dengan adanya bangunan ini nanti, ia akan menamatkan penantian masyarakat kaum Kedayan yang sekian lama menunggu kemudahan tersebut.

“Bangunan ini juga akan digunakan untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan menjadi pusat tumpuan komuniti Kedayan di Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Kedayan Limbang di Dewan Kampung Pahlawan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menjelaskan, kerja pembinaan dijangka bermula pada Oktober depan dan beliau berharap pelaksanaannya berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, beliau turut melihat potensi besar pada keunikan adat serta sejarah panjang kaum Kedayan untuk diketengahkan sebagai salah satu daya tarikan pelancongan utama di Limbang.

Tambahnya, bagi merealisasikan hasrat itu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menjalankan kajian terperinci berkaitan sejarah dan keunikan kaum tersebut.

“Kajian ini dijangka berlangsung selama dua tahun dan akan melibatkan penelitian sehingga ke peringkat akar umbi.

“Justeru, saya menyeru masyarakat Kedayan yang mempunyai bahan sejarah atau artifak lama agar tampil memberikan input bagi membantu melancarkan proses kajian ini,” jelasnya.

Beliau berkata, hasil dapatan kajian tersebut berpotensi besar untuk dibukukan atau dipamerkan di bangunan baharu Persatuan Kedayan kelak, sekali gus mempromosikan warisan berharga itu kepada pelancong dan masyarakat luar.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar