Kenduri Sekampung Jengka 24 platform rapat hubungan generasi peneroka

JERANTUT – Lebih 1,500 penduduk sekitar FELDA Jengka 24, dekat sini, hadir memeriahkan program Kenduri Sekampung yang diadakan di perkarangan Masjid As-Sobirin, di sini, semalam.

Selain dihidangkan pelbagai juadah moden dan tradisional, program itu yang berkonsep gotong-royong juga meraikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari FELDA berkenaan.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, turut diadakan pada program sama adalah penyerahan jentera yang diperoleh warga peneroka di situ menerusi inisiatif Sejati MADANI.

“Alhamdulillah… semua atur cara untuk program berjalan dengan baik dan kehadiran warga peneroka juga sangat menggalakkan.

“Kita bersekalikan dalam program ini dengan meraikan pelajar cemerlang SPM, penyerahan jentera Sejati MADANI dan juga pemberian duit raya untuk anak-anak peneroka berusia bawah 12 tahun.

“Program ini juga ada kesinambungan kepada acara yang kita adakan setiap tahun… biasanya kita buat jamuan Aidilfitri, tapi tahun ini kita ubah kepada konsep Kenduri Sekampung,” katanya.

Turut hadir memeriahkan program adalah Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Norsarfinaz Mohd Azman.

Beliau turut merakamkan rasa terharu dengan semangat kerjasama ditunjukkan semua pihak yang terbabit dalam menjayakan program itu.

“Tanpa sokongan daripada pihak pengurusan FELDA, ketua blok dan badan bukan kerajaan seperti Kami Anak FELDA, Gerakan Persatuan Wanita, pihak pengurusan Masjid As-Sobirin dan ahli jawatankuasa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan, mungkin program ini tidak semeriah ini,” katanya.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka