Tumpu pada ibadah wajib, jemaah perlu kurangkan aktiviti berbelanja

SHAH ALAM – Jemaah haji dinasihatkan supaya menumpu kepada ibadah yang wajib dan mengurangkan aktiviti berbelanja ketika berada di Tanah Suci.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, jemaah perlu mengawal perbelanjaan dan berjimat cermat terutama ketika situasi ekonomi dunia yang bergolak ketika ini selain selain menjaga kesihatan diri ketika beribadah.

“Beta mengingatkan jemaah haji perlu menjaga kesihatan diri, tidak membazir dan mengawal perbelanjaan serta berjimat cermat terutama dalam situasi ekonomi dunia bergolak ketika ini.

“Tumpukan kepada ibadah yang wajib dilakukan dan kurangkan aktiviti membeli-belah serta berbelanja ketika berada di Tanah Suci,” titah baginda pada Majlis Kursus Perdana Haji Peringkat Selangor Musim Haji 1447 Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Ketibaan baginda disambut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah serta Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan lebih 5,000 peserta kursus.

Difahamkan, lebih 8,000 jemaah dari Selangor terpilih menunaikan Rukun Islam kelima dengan penerbangan pertama pada 18 April ini.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin bertitah, jemaah yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini perlu memanfaatkan peluang itu sebaiknya untuk mendapatkan haji mabrur.

Titahnya, ia susulan kuota mengerjakan haji bagi rakyat Malaysia sangat terhad di samping jemaah juga harus bersyukur dengan adanya Lembaga Tabung Haji (TH) yang menjaga dan menguruskan kebajikan mereka.

“Jadi, gunakan kemudahan disediakan TH bagi mengelak jemaah haji tertipu dengan agensi lain yang tidak diketahui latar belakangnya hingga terpedaya dan hasrat menunaikan haji tergendala.

“Beta berharap semua jemaah juga mengekalkan disiplin diri ketika berada di Tanah Suci nanti dan menjaga nama baik Selangor serta Malaysia.

“Patuhi peraturan ditentukan Kerajaan Arab Saudi dan hindari diri daripada terbabit dalam sebarang bantahan atau demonstrasi,” titah baginda.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi