Pelajar cemerlang SPM Miri terima pengiktirafan, sumbangan

MIRI – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian cemerlang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan itu yang berjaya memperoleh keputusan semua A dalam semua mata pelajaran.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, kejayaan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya menuntut disiplin tinggi, ketekunan serta pengorbanan masa dan tenaga.

Sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih itu, beliau telah meluangkan masa bertemu beberapa pelajar terbabit pada hujung minggu lalu bagi menyampaikan ucapan tahniah berserta sumbangan.

Antara yang diraikan ialah anak kepada pasangan petani, Melissa Matteus, 18, yang cemerlang meraih 9A.

Anak bongsu daripada tiga beradik yang bercita-cita menjadi doktor itu kini dalam proses memohon kemasukan ke program matrikulasi di Labuan bagi meneruskan minatnya dalam bidang sains.

Turut menerima sumbangan ialah Johannese Philip Johapri Datu, 18, yang berjaya memperoleh 8A.

Menurut Johannese, walaupun pada mulanya bimbang dengan subjek Sejarah dan Pendidikan Moral, disiplin diri dan pengurusan masa yang seimbang antara pelajaran dan kokurikulum nyata membuahkan hasil. Beliau kini berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Pada masa yang sama,  Choon Man berharap pencapaian cemerlang pelajar-pelajar terbabit dapat menjadi suntikan inspirasi kepada rakan sebaya yang lain.

“Golongan muda ini merupakan aset penting dan bakal menjadi pemacu masa depan negara.

“Namun, perlu diingat bahawa selain pencapaian akademik, pembentukan sahsiah diri yang baik juga amat penting. Ini termasuk amalan sikap rendah diri, saling menghormati, bertanggungjawab serta sentiasa berusaha memberi sumbangan positif kepada masyarakat,” jelasnya.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman