Malaysia bantah keras peluasan penempatan haram Israel

PUTRAJAYA – Malaysia menyuarakan bantahan tegas terhadap tindakan rejim Zionis Israel yang meluluskan pembinaan 34 penempatan haram baharu di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).

Kementerian Luar yang juga dikenali sebagi Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa peluasan berterusan penempatan berkenaan jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk Konvensyen Geneva Keempat dan Resolusi 2334 (2016).

Menurut kementerian itu, langkah berkenaan turut dilihat sebagai usaha untuk mengubah komposisi demografi wilayah Palestin yang diduduki.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak tegas bagi memastikan rejim Israel mematuhi undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra urut menegaskan pendirian konsisten Malaysia yang menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Menurut kenyataan itu, penubuhan negara Palestin perlu berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM