Petronas tidak mampu tanggung semua subsidi – Tengku Zafrul

KEUNTUNGAN besar yang direkodkan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk menampung semua subsidi negara kerana syarikat itu beroperasi sebagai entiti komersial dengan komitmen kewangan tersendiri.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya menjelaskan bahawa Petronas perlu menanggung kos operasi, pembayaran hutang serta keperluan pelaburan semula bagi memastikan kelangsungan syarikat.

Menurutnya, walaupun Petronas mencatatkan hasil sekitar RM266 bilion dan keuntungan sebanyak RM45.4 bilion bagi tahun kewangan 2025, angka itu bukanlah dana bebas yang boleh digunakan sepenuhnya oleh kerajaan.

“Sebahagian daripada keuntungan itu perlu digunakan untuk membayar hutang, menampung operasi serta dilaburkan semula bagi memastikan kelangsungan syarikat pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan hanya mengambil sebahagian daripada keuntungan tersebut dalam bentuk dividen, termasuk pembayaran kira-kira RM20 bilion yang dijadualkan bagi tahun 2026.

Tambahnya, sejak penubuhan pada 1974, Petronas telah menyumbang kira-kira RM1.5 trilion kepada negara, sekali gus membuktikan peranannya yang signifikan dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa Petronas bukanlah sumber kewangan tanpa had yang boleh bergantung sepenuhnya bagi menampung perbelanjaan negara, khususnya subsidi.

“Pada masa ini, perbelanjaan subsidi dianggarkan sekitar RM4 bilion sebulan atau kira-kira RM48 bilion setahun. Dengan tambahan peruntukan lain sekitar RM10 bilion hingga RM14 bilion, jumlah keseluruhan itu jauh melebihi kemampuan untuk ditampung sepenuhnya oleh Petronas,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan keperluan untuk mengurus kekayaan negara secara berhemat agar keseimbangan antara keperluan semasa dan kelangsungan masa depan dapat dicapai.

“Jika semua keuntungan digunakan untuk perbelanjaan semasa, pelaburan akan terhenti, pengeluaran akan merosot dan hasil masa depan akan terjejas. Ini bukan langkah berjimat, sebaliknya mengorbankan masa depan,” katanya.

Related Posts

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen disaran menamatkan tempoh perkhidmatan masing-masing sehingga Parlimen dibubarkan dan tidak mengambil keputusan mengosongkan kerusi ketika penggal masih berbaki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

PUTRAJAYA – Malaysia dan India akan terus memperkukuh hubungan dua hala bagi memastikan manfaat bersama, kestabilan serantau serta kemakmuran yang lebih inklusif dapat dicapai oleh kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini