Lelaki seleweng 1,725 liter petrol tanpa dokumen sah diberkas

SEMPORNA – Batalion 22 PGA Kunak dengan kerjasama KPDN Cawangan Semporna berjaya menahan seorang lelaki dan merampas 69 gelen mengandungi 1,725 liter minyak petrol tanpa dokumen sah di perairan Semporna, pada Rabu.

Batalion 22 PGA Kunak memaklumkan, semasa kejadian, anggota operasi mengesan seorang lelaki berada di atas sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Setelah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan menunjukkan kad kuasa, pemeriksaan ke atas suspek dilakukan, namun suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot kemudiannya menemui 69 gelen berisi cecair minyak petrol serta satu gelen berisi campuran petrol dengan minyak 2T.

“Suspek juga gagal mengemukakan dokumen kelulusan untuk menyimpan, memiliki atau membawa bahan tersebut,” menurut kenyataan itu, pada Khamis.

Sementara itu, KPDN Semporna memaklumkan rampasan minyak bernilai RM17,675.75 itu akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN Semporna juga menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasa lain dalam membanteras penyelewengan barang kawalan serta memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Related Posts

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

TENOM – Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) perlu diteruskan hingga ke peringkat kampung bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sekali gus memupuk rasa cinta dan bangga terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan