Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU – Parti Warisan (Warisan) menafikan dakwaan keluar daripada Kerajaan Perpaduan susulan tular kenyataan media berhubung perkara berkenaan hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Loretto Padua berkata, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan disifatkan sebagai cubaan pihak tertentu untuk memfitnah serta memburukkan imej pihaknya.

Katanya, pihak berkenaan bukan sahaja menyebarkan fitnah, tetapi turut memalsukan dokumen rasmi Warisan dengan menjadikannya seolah-olah ia kenyataan rasmi dikeluarkan parti.

“Warisan menafikan kenyataan yang tular melalui media sosial dan menganggap ini satu lagi fitnah yang cuba mengaitkan serta memburukkan Warisan.

“Pihak-pihak yang berkenaan bukan sahaja berani menabur fitnah tetapi juga berani memalsukan dokumen seolah-olah ia kenyataan rasmi setiausaha agung,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Terdahulu, tular kenyataan media berhubung parti berkenaan mengambil keputusan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan selepas mengadakan pertimbangan dan perbincangan di semua peringkat kepimpinan serta akar umbi parti.

Kenyataan palsu terbabit turut mendakwa Warisan tidak lagi dapat meneruskan kerjasama bersama-sama Kerajaan Perpaduan susulan perbezaan dalam beberapa perkara dasar, hala tuju pentadbiran serta pendekatan terhadap isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Dalam kenyataan yang sama, Warisan dikatakan berhasrat untuk menjadi bloc pembangkang yang berkesan dan kondstruktif serta menjalankan fungsi semak dan imbang secara berhemah berlandaskan kepentingan negara.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok