Ahli Majlis MPS bincang isu bekalan air bersama jurutera baharu

SANDAKAN – Ahli-ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengadakan kunjungan hormat ke atas Jurutera Daerah Jabatan Air Sandakan yang baharu dilantik, Ts. Nelly Juee Philip, bagi membincangkan isu bekalan air yang menjejaskan penduduk di daerah ini.

Wakil Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, Choong Kwek Leong berkata, pertemuan tersebut merupakan langkah proaktif MPS untuk berhubung secara terus dengan agensi berkaitan tanpa bergantung kepada saluran komunikasi tidak langsung.

“Sebagai wakil rakyat, ahli majlis bukan sahaja bertanggungjawab menggubal dasar, tetapi juga perlu bertindak balas secara berkesan terhadap aduan rakyat serta isu di lapangan.

“Pendekatan berpasukan akan dilaksanakan dalam setiap pertemuan bersama agensi bagi memastikan liputan isu lebih menyeluruh serta penyelesaian yang lebih berkesan di seluruh Sandakan.

“Dalam sesi tersebut juga, beberapa isu utama dibangkitkan termasuk kerja-kerja pembaikan pintu masuk Bandar Prima yang dijadual bermula 13 April ini dan dijangka memberi kesan kepada bekalan air di Sandakan,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Selain itu, Choong berkata, masalah gangguan bekalan air yang berterusan di kawasan kampung, perkembangan projek infrastruktur sedia ada serta perancangan jangka panjang bagi menangani masalah air berulang turut dibincangkan dalam pertemuan tesebut.

Dalam pada itu, Choong menyatakan komitmen ahli majlis MPS untuk terus memperkukuh penyelarasan dengan agensi kerajaan, mempercepatkan penyelesaian aduan awam serta merapatkan jurang komunikasi antara pihak berkuasa dan rakyat.

“Hubungan kerja yang kukuh dan penglibatan berterusan antara MPS dan agensi berkaitan amat penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik serta meningkatkan kualiti hidup penduduk di Sandakan,” ujarnya.

Turut yang hadir pada perjumpaan tersebut ialah ahli majlis termasuk Shamsul Kelana, Kelvin Liew Kian Vun, Safarudin Abu, Nerisaa Berredo @ Aisah, Lai Shiau Lin dan Kent Chin.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan