Fuziah nafi MADANI Mart kutip royalti

KUALA LUMPUR – MADANI Mart bukan perniagaan francais kerana ia tidak mengenakan bayaran royalti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau yang juga Pengerusi dan Pengasas Yayasan MADANI berkata, model perniagaan MADANI Mart disediakan dengan struktur pelesenan yang betul.

“(Ia) sangat jelas ia bukan francais tetapi struktur pelesenan.

“Tiada royalti,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan MADANI Mart adalah perniagaan francais dan pemegang lesen perlu membayar royalti.

MADANI Mart menggunakan model perniagaan perkongsian awam-swasta-sosial melalui pelesenan di mana Yayasan Madani bertindak sebagai pemberi lesen untuk penjenamaan, konsep dan model perniagaan, semuanya berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Pengaturan itu dijalankan tanpa sebarang perbelanjaan modal daripada yayasan dan setiap outlet dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh usahawan di bawah entiti perniagaan mereka sendiri.

Untuk menyertai sebagai pengendali MADANI Mart, usahawan perlu memenuhi beberapa komitmen kewangan, bermula dengan yuran pelesenan sekali sahaja sebanyak RM30,000 dan yuran pembaharuan tahunan sebanyak RM5,000.

Selain itu, ia juga mengenakan yuran perkhidmatan bulanan sebanyak RM2,000 di mana RM900 akan diperuntukkan untuk operasi, RM100 untuk tanggungjawab sosial korporat, dan RM1,000 meliputi penyelenggaraan sistem, sokongan operasi, pemantauan prestasi dan penambahbaikan berterusan.

Fuziah turut menegaskan, MADANI Mart bukanlah francais walaupun terdapat dakwaan bahawa peruntukan hak penjenamaan, sistem pengendalian dan yurannya menunjukkan sebaliknya.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka