Tingkat keselamatan sekolah asrama: Kerajaan lantik 300 pembantu warden

SERAMAI 300 Personel MyStep Pembantu Warden Asrama (MyPWA) dilantik dan mula ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama di seluruh negara bermula 1 April lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, lantikan itu bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar serta mengurangkan beban tugas guru.

Jelasnya, MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama dapat terus diperkukuhkan.

“Pelaksanaan inisiatif MyPWA akan terus diperluaskan sebagai satu ikhtiar yang selari dengan agenda reformasi keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadhlina berkata, langkah itu juga selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menekankan keperluan untuk guru mata pelajaran memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI