Sunway gagal ambil alih IJM

KUALA LUMPUR – Sunway Bhd gagal dalam usaha pengambilalihan IJM Corp Bhd selepas hanya berjaya memperoleh 1.17 bilion saham IJM, mewakili 33.43 peratus daripada jumlah keseluruhan saham berhak mengundi.

IJM Corporation Berhad mengesahkan tawaran pengambilalihan sukarela oleh Sunway Berhad luput selepas tempoh penerimaan berakhir petang semalam, berikutan syarat penerimaan tidak dipenuhi.

Tawaran diumumkan pada 12 Januari 2026 pada harga RM3.15 sesaham itu gagal mencapai tahap penerimaan diperlukan, iaitu lebih daripada 50 peratus saham dengan hak undian IJM.

IJM dalam kenyataan berkata, semua saham ditawarkan akan dipulangkan kepada pemegang saham masing-masing mengikut terma ditetapkan.

Lembaga Pengarah berdasarkan penilaian Penasihat Bebas sebelum ini, memutuskan tawaran berkenaan tidak adil dan tidak munasabah, serta mengesyorkan pemegang saham menolaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Pengarah Urusan IJM, Datuk Lee Chun Fai berkata, dengan tamatnya tawaran ini, IJM akan terus melangkah ke hadapan dengan tekad, melaksanakan strategi dipertingkatkan bagi menjana nilai daripada portfolio merentasi perniagaan teras Kumpulan.

“Keutamaan kami kini kekal pada pelaksanaan serta membuka potensi nilai portfolio yang telah dibina.

“IJM sentiasa dan kekal sebagai syarikat yang kukuh dari segi asas, dengan strategi yang jelas serta saluran projek yang berdaya tahan.

“Pemegang saham telah membuat keputusan mereka, dan kami menghormati keyakinan yang diberikan terhadap nilai intrinsik jangka panjang IJM,” katanya.

Katanya, IJM turut mengiktiraf minat ditunjukkan komuniti pelaburan terhadap cadangan ini dan merakamkan penghargaan kepada para pemegang saham atas penglibatan berterusan serta penilaian teliti terhadap tawaran tersebut.

Related Posts

‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

PAPAR – Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merekodkan 31,849,641 transaksi bagi tempoh 1 Januari hingga 23 September lalu, selepas jumlah transaksi program itu menunjukkan peningkatan ketara sejak diperkenalkan pada 2023.‎Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

HANGZHOU – Malaysia merekodkan potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou, China yang berakhir hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3