Kejayaan Norcy BeautyLab jadi inspirasi kepada usahawan lain

KUDAT – Kejayaan usahawan wanita tempatan, Norsiah Ahiddin, membangunkan syarikat Norcy BeautyLab Sdn. Bhd. daripada perniagaan kecil kepada sebuah perusahaan yang berkembang ke pasaran antarabangsa menjadi inspirasi kepada usahawan lain di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, pencapaian Norsiah membuktikan usahawan luar bandar juga mampu mencapai kejayaan dengan usaha gigih dan konsisten.

“Walaupun beliau (Norsiah) bermula dengan modal yang kecil, namun dengan adanya usaha bersungguh-sungguh, kini beliau berjaya membuka kilang ketiga di daerahnya sendiri.

“Saya mengikuti perkembangan kejayaan Norsiah sejak saya menerajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah dan merasmikan kilang pertama beliau di sini ketika itu.

“Hari ini, saya merasmikan kilang ketiga Norcy BeautyLab. Saya berharap kejayaan Norcy boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada usahawan lain, kerana beliau bukan sahaja berjaya membuka kilang di daerah sendiri, malah berkembang ke luar Sabah, termasuk ke Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kilang Norcy BeautyLab, di Matunggong, di sini, pada Isnin.

Tambah Ewon, produk Norcy BeautyLab kini turut menembusi pasaran antarabangsa termasuk Brunei, sekali gus membuktikan potensi besar usahawan tempatan untuk bersaing di peringkat global.

‘Kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) sentiasa komited menyediakan pelbagai sokongan termasuk geran SME-UP serta pembiayaan bagi membantu usahawan menyertai ekspo antarabangsa.

“Kita mengalu-alukan penyertaan Norcy dalam ekspo antarabangsa bersama usahawan lain pada masa akan datang,” kongsinya.

Tambahnya lagi, bantuan kerajaan kepada usahawan bukan sahaja meningkatkan kapasiti perniagaan, tetapi juga memberi pulangan kepada ekonomi setempat melalui peluang pekerjaan.

Sementara itu, Norsiah berkata, kejayaan yang dikecapi hari ini bermula daripada impian kecil yang direalisasikan melalui usaha berterusan, sokongan pasukan serta bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan.

Norsiah turut berkongsi cabaran yang dihadapi semasa pandemik COVID-19 apabila perniagaannya terjejas, namun mengambil inisiatif beralih kepada pengeluaran hand sanitizer bagi memenuhi permintaan semasa.

“Walaupun ketika itu jualan produk kecantikan merosot, kami tidak berputus asa. Kami menghasilkan sanitizer untuk dibekalkan kepada hospital dan kementerian, itu membantu syarikat saya terus bertahan.

“Saya memulakan perniagaan ini dengan modal hanya RM200 dari rumah sebelum membuka kilang pertama pada 2019.

“Jangan takut untuk bermula dari kecil kerana sesuatu yang besar itu bermula dengan langkah pertama,” katanya.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik