Hentikan pembelian panik, bekalan beras di Sabah mencukupi – Mustapha

KOTA KINABALU – Bekalan beras di Sabah adalah mencukupi dan orang ramai dinasihatkan menghentikan pembelian panik yang menjejaskan pasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, beliau prihatin terhadap kegusaran warga Sepanggar berhubung kekurangan stok di beberapa pasar raya berantai.

“Saya telah mendapatkan penjelasan terperinci daripada pihak BERNAS Sabah dan wakil Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai status semasa stok simpanan beras di Sabah.

“Lawatan ke gudang penyimpanan beras mendapati stok adalah mencukupi, bukan sahaja di sekitar Kota Kinabalu tetapi juga di seluruh Sabah.

“Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat peningkatan dalam trend pembelian beras dalam kalangan rakyat yang didorong oleh faktor pembelian panik.

“Keadaan ini menyebabkan pasar raya besar dan kedai runcit berantai mengalami kehabisan stok dengan lebih cepat daripada kebiasaan.

“Sementara itu di pasar dan kedai runcit biasa, masih mempunyai bekalan jualan yang mencukupi.

“Orang ramai dinasihatkan membeli barangan dapur secara berhemah mengikut keperluan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sepanggar di laman sosial Facebooknya pada Isnin.

Menurut Mustapha, Kerajaan MADANI komited memastikan keterjaminan bekalan makanan sentiasa terpelihara dan menegaskan pemantauan bersepadu merentas kementerian, termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, akan terus dipergiat bagi memastikan kesejahteraan rakyat kekal terjamin walaupun berdepan cabaran global.

Related Posts

Pengerusi hanya pada nama? Samsuri terus dibayangi pengaruh Hadi

PELANTIKAN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pernah dipromosikan sebagai simbol kemunculan kepimpinan baharu pembangkang yang lebih profesional, progresif dan bersedia menawarkan alternatif kepada rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sirah Rasulullah panduan bina negara MADANI – PM Anwar

KOTA KINABALU – Sirah perjuangan Rasulullah SAW perlu dijadikan panduan dalam membina keluarga, masyarakat dan negara yang berteraskan nilai serta akhlak, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengerusi hanya pada nama? Samsuri terus dibayangi pengaruh Hadi

Pengerusi hanya pada nama? Samsuri terus dibayangi pengaruh Hadi

Sirah Rasulullah panduan bina negara MADANI – PM Anwar

Sirah Rasulullah panduan bina negara MADANI – PM Anwar

i-CATS University College perluas pendidikan tinggi pelajar luar bandar

i-CATS University College perluas pendidikan tinggi pelajar luar bandar

Kueh Lei Poh bersara wajib, Hanifah rakam penghargaan

Kueh Lei Poh bersara wajib, Hanifah rakam penghargaan

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40