Sirah Rasulullah panduan bina negara MADANI – PM Anwar

KOTA KINABALU – Sirah perjuangan Rasulullah SAW perlu dijadikan panduan dalam membina keluarga, masyarakat dan negara yang berteraskan nilai serta akhlak, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan sesebuah negara tidak seharusnya hanya diukur melalui kemajuan fizikal, teknologi dan ekonomi, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembentukan jiwa serta kekuatan rohani.

“Semua negara sama ada di Timur, Barat, Utara mahupun Selatan berbicara mengenai pembangunan, hakikatnya, pembangunan itu perlu diisi dengan jiwa dan roh.

“Terdapat kelainan dalam gagasan MADANI kerana kita bukan sekadar mahu membangunkan gedung, kilang atau infrastruktur, sebaliknya yang lebih utama ialah membangunkan insan.

“Bangunan pencakar langit, kemajuan teknologi, industri, teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI) yang menjadi tumpuan ketika ini mesti bermula dengan pembentukan diri, nilai, akhlak, jiwa dan pegangan agama.

“Di sinilah pentingnya peranan ibu dalam institusi keluarga. Walau setinggi mana pun tahap kemajuan dan pendidikan sesebuah negara, asas yang kukuh tetap bermula daripada rumah tangga,” katanya semasa berucap pada Program Melangkah Bersama MADANI; Wanita Beriman, Wanita Bertahan Peringkat Negeri Sabah di sini pada Sabtu.

Tambahnya, sejarah Islam turut membuktikan bahawa wanita sentiasa memainkan peranan penting dalam perkembangan dan perjuangan agama.

“Saidatina Khadijah RA menjadi pendamping utama Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama, manakala Saidatina Asma’ binti Abu Bakar memainkan peranan penting membantu menjayakan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah.

“Saidatina Aisyah pula menjadi gedung ilmu yang menyampaikan pelbagai hadis dan pedoman kepada umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW.

“Setiap episod penting dalam sejarah Islam tidak pernah terpisah daripada peranan wanita. Sebab itu kita harus yakin bahawa tanpa sumbangan wanita, sukar untuk membina negara MADANI yang kita impikan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa bersabar ketika berdepan ujian hidup serta menjadikan perjuangan para nabi dan rasul sebagai teladan.

“Kesabaran merupakan kunci penting dalam membina keluarga, mendidik anak-anak, membentuk masyarakat dan memajukan negara.

“Dalam membina keluarga perlu ada kesabaran, mendidik anak-anak perlu ada kesabaran dan membangunkan negara juga memerlukan kesabaran serta kebijaksanaan,” ujarnya.

Hadir sama pada program ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Marhamah Rosli serta Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027