Fauzan akui Fahmi tak berucap politik dalam masjid

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil terhadap pengendali Facebook, Mohd Fauzan Madzlan diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Isnin selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.

Penyelesaian itu dicapai apabila Fauzan mengakui bahawa Fahmi tidak pernah menyampaikan ceramah politik di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada 2023, sekali gus menamatkan pertikaian berhubung dakwaan berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Fahmi, Fahri Azzat di hadapan Hakim, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

Dalam pada itu, Fahmi ketika ditemui media menghargai penyelesaian tersebut dan menyifatkan pengesahan oleh Fauzan sebagai signifikan dalam membersihkan namanya daripada tuduhan yang tular sebelum ini.

“Saya ucap terima kasih kepada Fauzan atas persetujuan kita selesaikan dengan cara baik dan pengesahan beliau itu amat saya hargai,” katanya.

Terdahulu, kes terbabit merupakan sebahagian daripada tindakan undang-undang yang diambil Fahmi terhadap tiga individu bagi menepis dakwaan beliau menyampaikan ceramah politik di masjid ketika tempoh Pilihan Raya Selangor 2023.

Sementara itu, perkembangan kes saman fitnah melibatkan dua lagi defendan iaitu Wan Azri Wan Deris dan pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani dijangka diketahui petang ini.

Related Posts

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berharap lebih ramai calon muda diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung tidak lama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

SIPITANG – Isu bekalan tenaga kini menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi banyak negara di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ketidak tentuan geopolitik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan