Pembangkang perlu tampil cadangan lebih bernas tangani harga minyak

PEMBANGKANG disaran tampil dengan cadangan yang lebih konstruktif bagi membantu kerajaan menangani isu kenaikan harga minyak, selain hanya menggerakkan bantahan atau demonstrasi.

Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, dalam sistem demokrasi, peranan pembangkang bukan sekadar menjadi kumpulan pendesak, sebaliknya turut berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap dasar kerajaan.

Menurut beliau, pembangkang seharusnya memanfaatkan ruang tersebut dengan mengemukakan idea atau cadangan dasar yang lebih praktikal bagi membantu mencari penyelesaian kepada isu kenaikan harga minyak yang sedang dihadapi negara.

“Bukan sekadar berhimpun unjuk rasa, pembangkang juga dicadang untuk mengemukakan idea-idea ebih konstruktif untuk menangani isu kenaikan harga minyak sekarang.

“Selain berperanan sebagai kumpulan pendesak, pembangkang juga perlu berperanan untuk semak dan imbang keputusan kerajaan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi memberi ruang kepada rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan selagi ia mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada.

Menurutnya, demonstrasi aman merupakan perkara biasa dalam demokrasi dan turut berlaku di banyak negara lain termasuk di Amerika Syarikat (AS) apabila rakyat berhimpun bagi menyatakan pandangan terhadap kepimpinan negara.

Bagaimanapun, Mohd Yusri menegaskan bahawa perhimpunan atau bantahan tidak seharusnya menjadi satu-satunya pendekatan dalam menangani sesuatu isu dasar.

Sehubungan itu, katanya, dalam situasi krisis harga minyak dunia ketika ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa pendekatan termasuk pelaksanaan polisi harga bahan api yang melibatkan kategori harga berbeza, sama ada kekal bersubsidi atau diselaraskan mengikut keadaan pasaran.

“Jika pembangkang ada idea lain yang lebih konstruktif, boleh kemukakan untuk pertimbangan bersama, termasuk khalayak awam,” ujarnya.

Presiden Parti Putra, Datuk Dr Ibrahim Ali sebelum ini menggesa orang ramai menyertai satu perhimpunan bagi membantah kenaikan harga minyak yang dijadual berlangsung di hadapan Pasar Raya Sogo, Ahad ini.

Beliau berkata, perhimpunan pada 5 April itu bukan sekadar satu pertemuan biasa, sebaliknya dianggap sebagai titik pemisah antara rakyat yang berani mempertahankan maruah dan hak mereka dengan mereka yang memilih untuk berdiam diri tanpa menyuarakan bantahan.

Related Posts

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan penghargaan terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dalam menguruskan portfolio hal ehwal Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah pengganti kepada siasatan jenayah dan pembuktian di mahkamah, namun memberikan asas kukuh untuk penyiasatan menyeluruh, bebas dan profesional. Presiden Pertubuhan Asas Bina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan