‎BAS.MY Kota Kinabalu kini mula beroperasi

KOTA KINABALU – Sistem pengangkutan awam di ibu negeri Sabah kini melangkah ke era pemodenan dengan pelancaran rasmi perkhidmatan BAS.MY Kota Kinabalu pada 31 Mac lepas.

‎Menurut kenyataan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) di laman Facebook rasminya pada Khamis, inisiatif berkenaan merupakan langkah strategik untuk memperkasakan sistem pengangkutan awam yang lebih moden, efisien, dan mesra alam di bandar raya ini.

‎Kenyataan itu berkata, perkhidmatan terbabit melibatkan dua laluan utama iaitu S01 dan S05 dengan kekuatan sebanyak 10 buah bas yang sedia berkhidmat untuk kemudahan perjalanan harian pengguna.

‎”Sebagai sebahagian daripada transformasi digital, BAS.MY Kota Kinabalu melaksanakan sistem pembayaran 100 peratus tanpa tunai yang menyokong pelbagai kaedah transaksi termasuk Kad Konsesi, Kad 30 Hari, Kad ManjaLink serta kad debit atau kredit Visa dan MasterCard serta aplikasi DuitNow.

‎”Kemudahan kad konsesi disediakan secara percuma khusus bagi golongan warga emas, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dan pelajar, manakala Kad 30 Hari disyorkan bagi golongan bekerja untuk memudahkan urusan logistik harian mereka.

‎”Inisiatif ini mencerminkan usaha kerajaan negeri ke arah menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandar raya yang lebih pintar, hijau, dan berhubung, sekali gus menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat setempat,” kongsinya.

‎Sekretariat SMJ turut menyeru orang ramai supaya bersama-sama menyokong dan memanfaatkan kemudahan berkenaan demi memacu masa depan mobiliti yang lebih lestari di negeri ini.

‎Sementara itu, laman sosial Instagram basmykotakinabalu memaklumkan kaunter pendaftaran kad dibuka di Terminal Bas KK Sentral (Tingkat Bawah) dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman