Insentif cekap tenaga RM2.8 bilion manfaat 9.2 juta pengguna elektrik

KUALA LUMPUR – Seramai 9.2 juta pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia telah menerima manfaat Insentif Cekap Tenaga bernilai RM2.8 bilion sejak diperkenalkan, dalam usaha membantu rakyat mengurangkan beban kos susulan krisis tenaga global.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh berkata, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 600 kilowatt jam (kWj) sebulan turut dikecualikan daripada pelarasan kos di bawah Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), sekali gus melindungi mereka daripada kesan turun naik harga bahan api di pasaran dunia.

“Pengguna dengan penggunaan elektrik bulanan 1,000 kWj ke bawah pula layak menerima Insentif Cekap Tenaga, yang merupakan insentif kerana menggunakan tenaga secara cekap,” katanya dalam kenyataan berkaitan krisis tenaga global, hari ini.

Beliau berkata, ketidaktentuan harga bahan api global dijangka memberi kesan kepada kos penjanaan tenaga elektrik, namun impaknya masih dapat dikawal melalui kepelbagaian sumber tenaga serta pelaksanaan mekanisme pelarasan kos AFA.

Dalam masa sama, beliau menggalakkan orang ramai mengamalkan penggunaan tenaga secara lebih cekap dan berhemah bagi memastikan kelestarian serta jaminan bekalan tenaga negara pada masa depan.

“Menyambut saranan Perdana Menteri, kita semua perlu berganding bahu untuk sama-sama menghadapi krisis ini. Sebagai pengguna tenaga, kita disarankan untuk menggunakan elektrik secara cekap dan berhemat, bagi memastikan kemampanan jaminan bekalan tenaga jangka panjang,” katanya.

Siti Safinah turut menyarankan beberapa langkah praktikal kepada pengguna bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada 24 darjah Celsius, menggunakan lampu LED serta memanfaatkan skim tarif Time-of-Use bagi pengguna meter pintar.

Menurutnya, amalan penggunaan tenaga secara cekap berpotensi menjimatkan bil elektrik bulanan antara lima hingga 10 peratus, khususnya jika penggunaan dialihkan kepada waktu luar puncak antara jam 10 malam hingga 2 petang.

“Amalan ringkas seperti menutup semua suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan juga membantu dalam mengawal penggunaan elektrik. ST juga ingin menggalakkan pengguna tenaga memilih peralatan cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.

“Amalan penjimatan tenaga bukan sahaja membantu mengurangkan bil elektrik, malah menyumbang kepada usaha negara dalam menangani cabaran krisis tenaga global serta memastikan kelestarian sumber tenaga untuk jangka panjang. Jadilah pengguna yang bijak tenaga,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, memaklumkan kerajaan akan memperketat kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan, termasuk menetapkan suhu minimum penyaman udara pada 24 darjah Celsius susulan perkembangan krisis tenaga global.

Sejak 28 Februari lalu, Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi ketenteraan terhadap Iran yang bukan sahaja meragut ribuan nyawa, malah turut mencetuskan gangguan kepada pasaran tenaga dunia.

Mekanisme AFA ialah sistem pelarasan kos yang ditentukan berdasarkan harga pasaran bahan api seperti gas dan arang batu serta kadar pertukaran mata wang asing.

Mekanisme ini menggantikan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang sebelum ini digunakan dalam pengiraan bil elektrik pengguna.

Related Posts

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya mematuhi tempoh berkempen yang berakhir pada jam 11.59…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, serangan pembangkang terhadap Kerajaan MADANI lebih banyak bersandarkan persepsi berbanding fakta kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur  JIM

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji