DI bawah kepimpinan tegas PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan merekodkan 3,523 tangkapan berkaitan jenayah rasuah dan kewangan (2023-2025).
Angka ini bukan sekadar statistik.
Ianya adalah gambaran dan mesej yang jelas bahawa Kerajaan MADANI berani bertindak membuka fail yang selama ini dibiarkan begitu sahaja kerana alasan-alasan tertentu.
Untuk rekod, pada tahun 2025 sahaja, sebanyak RM6.87 bilion berjaya disita oleh SPRM.
RM6.87 bilion bukan angka kecil. Ianya adalah duit negara, milik rakyat. Wang itu dikembalikan semula kepada perbendaharaan negara untuk kepentingan negara.
Inilah wajah reformasi institusi yang begitu ditakuti oleh orang-orang politik dan pelobi yang berkepentingan.
Ketegasan Anwar bukan kecil anak, operasi penguatkuasaan tidak lagi sekadar bersifat melepas batuk di tangga.
Sebaliknya, kini menyasarkan sindiket besar dan rangkaian berprofil tinggi tanpa campur tangan atau tekanan politik kerajaan memerintah.
Operasi-operasi yang dilaksanakan bukan sekadar menangkap individu, ianya menelanjangkan keseluruhan ekosistem jenayah terancang (kolar putih) yang selama ini berlindung di sebalik wajah korparat tetapi keparat.
Kini rakyat Malaysia mengenali mereka dengan istilah ‘corporate mafia’. Badan-badan teknokrat terstruktur yang sah melibatkan rangkaian profesional, struktur organisasi, manipulasi sistem dan pengaruh dalam agensi kerajaan.
Tanpa keberanian dan ketegasan PMX, semua ini tidak mungkin akan terlaksana.
Maybe its kind of slowly but surely.
Disebabkan itu ramai yang tak senang duduk, jaringan yang selama ini terlindung kini terdedah.
Pada mereka Anwar mesti diturunkan, Anwar terlalu berbahaya bagi golongan-golongan politikus culas dan mafia korporat yang bersifat keparat.
Tidak ada lagi tekanan politik kepada penguatkuasaan untuk bertindak.
Anwar sedang membina dan memperkukuhkan ekosistem ini, hasil yang akan dirasai untuk suatu jangka panjang oleh anak-anak Malaysia di masa depan.
Kekayaan negara yang diseleweng akan kembali kepada negara untuk rakyat jua.
Tahniah PMX. Terima kasih atas keberanian anda.
*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)








