Gravina letak jawatan presiden bola sepak Itali

PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina, meletak jawatan susulan kegagalan Itali layak ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Gravina yang menerajui FIGC sejak 2018 berdepan tekanan hebat – termasuk daripada kerajaan – selepas kekalahan menerusi penentuan penalti kepada Bosnia dan Herzegovina dalam aksi playoff, Selasa lalu.

FIGC dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat agung luar biasa akan diadakan pada 22 Jun ini bagi memilih presiden baharu, manakala Gravina dijadual memberi penjelasan kepada jawatankuasa Parlimen pada 8 April mengenai keadaan bola sepak Itali.

Kali terakhir Itali layak ke Piala Dunia adalah pada 2014, manakala kejayaan terakhir mereka di pentas dunia ialah menjulang trofi pada 2006.

Walaupun tempoh pentadbiran Gravina menyaksikan kejayaan memenangi Euro 2020, dia dikritik hebat susulan dua lagi kegagalan layak ke Piala Dunia, sekali gus menjadikan kedudukannya goyah.

Menteri Sukan Itali, Andrea Abodi, menyifatkan kegagalan terbaharu itu sebagai kekalahan muktamad dan menegaskan bola sepak negara itu perlu dibina semula dari asas.

Gravina membuat keputusan meletak jawatan selepas mengadakan pertemuan dengan wakil komponen utama FIGC termasuk liga Serie A, B dan C serta persatuan pemain dan jurulatih.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti termasuk bekas presiden Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI), Giovanni Malago, serta bekas presiden FIGC, Giancarlo Abete.

Related Posts

Atlet Para Sabah bawa semangat ‘Go For Gold’ di Para SUKMA 2026 Selangor

KOTA KINABALU – Semangat untuk membawa pulang pingat emas menjadi harapan utama kontinjen para Sabah pada temasya Para SUKMA kali ini, dengan atlet dan jurulatih bertekad memberikan aksi terbaik dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal menang tipis 0-1 atasi Villa hasil gol Saka

JUARA bertahan, Arsenal mencatat kemenangan kedua apabila gol babak kedua Bukayo Saka membantu mereka menewaskan Aston Villa 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Saka menjaringkan gol pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014