MATF bongkar sindiket besar, sitaan cecah RM6.87 bilion

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) mencatat prestasi cemerlang dengan merekodkan sebanyak 3,523 tangkapan antara 2023 hingga 2025, menandakan keupayaan negara menumpaskan jenayah rasuah dan kewangan melalui pendekatan bersepadu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki berkata, angka tersebut mencerminkan keberkesanan strategi penguatkuasaan menyeluruh, terutamanya terhadap jenayah berprofil tinggi.

“Dalam tempoh ini, sebanyak 3,523 tangkapan dilaksanakan, merangkumi kes berprofil tinggi seperti Ops Samba 2.0, Ops Taufan, Ops Yellow, Ops Counter Setting dan Ops Bunga.

“Lebih penting, kejayaan membongkar sindiket terancang berskala besar melalui operasi seperti Ops White, Ops Kingfruit, Ops X, Ops Sikaro, Ops Metal, Ops Karen dan Ops Grip membuktikan bahawa pendekatan MATF mampu menembusi rangkaian jenayah yang kompleks, tersusun dan merentasi pelbagai sektor,” katanya lapor BH.

Beliau membuat kenyataan itu semasa berucap pada majlis Sesi Libat Urus MATF: Way Forward di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Azam menambah, daripada aspek pemulihan aset, SPRM merekodkan sitaan bernilai RM6.87 bilion pada 2025 sahaja, termasuk pembekuan, pelucuthakan, kompaun dan penyelesaian, yang memberi kesan langsung kepada hasil negara.

“Ini adalah mesej jelas bahawa setiap hasil yang diseleweng akan kita jejaki dan kembalikan kepada negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan SPRM, sebagai peneraju MATF, memimpin operasi berimpak tinggi lain termasuk Operasi 82S, Ops Tropicana, Ops Eagle dan Ops Liter.

Menurutnya, pendekatan ‘whole-of-government’ terbukti berkesan dalam membanteras jenayah moden, di mana kerjasama antara agensi bukan sahaja mengehadkan aktiviti jenayah, malah memusnahkan keseluruhan ekosistem sindiket.

“Sebagai contoh, dalam isu penyeludupan ‘e-waste’ dan sisa plastik haram melalui Ops Metal, Malaysia dijadikan destinasi pembuangan sisa dari luar negara.

“Aktiviti ini melibatkan pemalsuan dokumen, salah pengisytiharan kargo, serta penyalahgunaan lesen import, malah terdapat elemen rasuah dalam penguatkuasaan yang membolehkan kontena ini melepasi pintu masuk negara tanpa pemeriksaan sewajarnya,” katanya.

Beliau menekankan isu berkenaan bukan sekadar alam sekitar, tetapi jenayah ekonomi yang menjejaskan kedaulatan negara, risiko pencemaran dan reputasi antarabangsa.

“Kes penyeludupan diesel (Ops Karen) dan tayar (Ops Grip) pula menyebabkan kehilangan hasil cukai bernilai ratusan juta ringgit.

“Lebih membimbangkan, sindiket ini mampu beroperasi dalam tempoh lama, menunjukkan wujud kelemahan sistem, manipulasi proses dan kemungkinan penglibatan ‘enabler’,” katanya.

Mengenai mafia korporat, Azam berkata, kumpulan ini bergerak tersusun menggunakan struktur sah korporat, disokong rangkaian profesional termasuk akauntan, peguam, perunding, dan individu dalam agensi tertentu.

“Kita perlu fahami bahawa yang dihadapi hari ini bukan jenayah biasa, tetapi ekosistem jenayah terancang yang digerakkan oleh apa yang saya istilahkan sebagai ‘corporate mafia’.

“Mereka bukan sahaja melindungi aktiviti haram, malah memanipulasi struktur korporat, membersihkan wang haram, serta mengatur sistem supaya jenayah terus berlaku tanpa dikesan,” katanya.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan