Kenaikan diesel dipacu faktor global, bukan pengeluaran semata-mata

KENAIKAN harga diesel di Malaysia walaupun negara ini merupakan pengeluar minyak mentah mempunyai asas tersendiri dan tidak boleh dilihat secara simplistik, kata pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen.

Menurut beliau, terdapat pihak tertentu khususnya dalam kalangan persekitaran pembangkang yang didakwa memutar belit isu berkenaan bagi mengelirukan rakyat.

Katanya, Malaysia sebenarnya mengeksport minyak mentah, namun pada masa sama perlu mengimport produk petroleum yang telah ditapis seperti diesel bagi menampung keperluan domestik.

“Minyak mentah tidak boleh digunakan terus, ia perlu melalui proses penapisan untuk menghasilkan petrol, diesel dan produk lain.

“Walaupun kita mempunyai loji penapisan, kapasitinya masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan keperluan dalam negara,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Beliau menjelaskan, keadaan itu menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada import bahan api bertapis yang tertakluk kepada harga pasaran global.

Tambahnya, faktor luaran seperti ketegangan geopolitik dan risiko keselamatan laluan perkapalan turut mempengaruhi kos import, termasuk peningkatan kos insurans serta laluan penghantaran yang lebih panjang.

Dalam masa sama, Raggie menegaskan bahawa tidak semua sektor terkesan secara langsung dengan kenaikan harga diesel kerana kerajaan menyediakan mekanisme subsidi bersasar.

“Syarikat pengangkutan barangan, termasuk yang membawa keperluan asas seperti makanan, mempunyai akses kepada subsidi melalui sistem kad khas bagi mengurangkan beban kos operasi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga berjaya mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bagi majoriti rakyat, yang disifatkan sebagai satu pencapaian penting dalam keadaan ekonomi global mencabar.

Sehubungan itu, Raggie mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan naratif yang tidak lengkap berhubung isu harga bahan api.

“Perbandingan dengan negara pengeluar minyak lain perlu mengambil kira kapasiti pengeluaran, keupayaan penapisan serta infrastruktur sedia ada, bukan sekadar status sebagai pengeluar,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pemahaman menyeluruh terhadap rantaian bekalan minyak adalah penting bagi mengelakkan salah tafsir yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Related Posts

Krisis semasa tuntut perubahan struktur ekonomi

PUTRAJAYA – Kerajaan melihat krisis global semasa sebagai pemangkin untuk memperkukuh struktur ekonomi negara dengan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi bernilai tinggi, peralihan tenaga serta pendekatan lebih menyeluruh dalam penyaluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia meningkat lagi bagi tempoh 21 hingga 27 Mei ini susulan pelarasan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi