SPRM perkukuh siasatan terhadap firma guaman White & Case

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memperkukuh kertas siasatan bagi tindakan undang-undang terhadap firma guaman antarabangsa, White & Case, yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Firma itu sebelum ini mewakili PetroSaudi International dalam usaha sama berkaitan 1MDB yang mendapat perhatian meluas di peringkat antarabangsa.

Menurut sumber, SPRM kini dalam proses melengkapkan bukti termasuk melalui kerjasama Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan pihak berkuasa di United Kingdom.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang memaklumkan siasatan di negara berkenaan telah menemui pelbagai elemen kesalahan yang boleh membawa kepada pertuduhan di mahkamah.

Katanya, siasatan melibatkan penelitian terhadap dokumen yang disyaki mengandungi maklumat palsu, selain arahan pembayaran yang mengelirukan sehingga menyebabkan pengeluaran dana berkaitan 1MDB kepada pihak yang tidak sepatutnya.

“Siasatan juga meneliti pembayaran dibuat kepada firma itu yang dipercayai membabitkan dana yang secara langsung dikaitkan dengan penyelewengan aset 1MDB.

“Siasatan dijalankan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA),” katanya lapor BH.

Beliau berkata, SPRM turut menjalinkan kerjasama erat dengan agensi penguat kuasa antarabangsa bagi mendapatkan bukti serta dokumen berkaitan, yang disifatkan penting dalam memperkukuh tindakan rentas sempadan.

“SPRM juga akan berkongsi penemuan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menyokong tindakan penguatkuasaan lanjut dalam bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, The Observer melaporkan pejabat firma guaman tersebut di UK sedang disiasat oleh badan pengawal selia peguam susulan peranannya dalam skandal kewangan berprofil tinggi itu.

Laporan itu menyatakan antara isu utama melibatkan usaha sama pada 2009 antara 1MDB dan PetroSaudi International, dengan White & Case bertindak sebagai wakil kepada syarikat berkenaan dalam urusan yang didakwa mempunyai unsur penipuan.

Malah, menerusi dokumen yang diperoleh media itu, Solicitors Regulation Authority (SRA) mengesahkan pejabat firma berkenaan di UK sedang disiasat berhubung dakwaan berkaitan penglibatannya dalam kes tersebut.

Related Posts

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK