Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di Jalan Padang Behor, di sini semalam.

Serbuan menerusi Ops Sapu itu dijalankan sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan JIM Perlis sekitar pukul 1.40 tengah hari hasil risikan dan pemantauan terhadap lokasi berkenaan yang dipercayai didiami warga asing.

Pengarah JIM Perlis, Mohammad A’sim Md Ali berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua lelaki berusia 47 dan 28 tahun itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah selain dipercayai tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati kedua-dua individu terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi ini dijalankan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa JIM Perlis selepas pihak kami menjalankan pemeriksaan di lokasi yang dikenal pasti hasil maklumat dan risikan terdahulu.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua warga asing terbabit dipercayai tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas yang diberikan oleh pihak imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JIM Perlis bagi tujuan dokumentasi, siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

Katanya, JIM Perlis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu asing yang menyalahgunakan kemudahan imigresen atau gagal mematuhi syarat ditetapkan sepanjang berada di negara ini.

“Bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara, JIM Perlis akan mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Kami juga akan terus menjalankan pemantauan serta pemeriksaan di lokasi tumpuan warga asing termasuk kawasan pembinaan, premis perniagaan dan penempatan yang dikenal pasti,” katanya.

Beliau turut mengingatkan majikan serta pemilik premis supaya memastikan pekerja asing yang diambil bekerja memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja sah bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET