Polis, wakil rakyat berganding banteras dadah

LAWAS – Usaha membendung kegiatan penyalahgunaan dadah dan mengekalkan tahap keselamatan di daerah ini menjadi fokus utama dalam pertemuan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lawas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan, Baru Bian.

Sesi perjumpaan dan sembang santai itu diketuai oleh Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintenden Liong Tindan bersama delegasi polis di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Ba’kelalan baru-baru ini.

Menurut Liong, tahap keselamatan di sekitar Lawas ketika ini berada pada tahap memuaskan dan terkawal hasil pemantauan serta penguatkuasaan berterusan.

“PDRM sentiasa menjalankan pemeriksaan, rondaan dan risikan bagi memastikan keselamatan awam terpelihara, khususnya dalam menangani isu penyalahgunaan dadah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan bahawa sebahagian besar individu yang ditahan berkaitan kes dadah di daerah tersebut merupakan pesalah berulang yang mempunyai rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun jelasnya, pihak polis tidak hanya memfokuskan kepada tindakan penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya turut giat mendekati masyarakat menerusi pelbagai program kesedaran.

“Kita aktif menjalankan ceramah serta turun padang dalam aktiviti komuniti anjuran pelbagai agensi.

“Oleh itu, kita amat menggalakkan wakil rakyat untuk menjemput pihak polis menyertai program masyarakat bagi memperkukuh lagi jalinan kerjasama antara agensi dan komuniti setempat,” ujarnya.

Sementara itu, Baru Bian menzahirkan penghargaan atas perkongsian maklumat terperinci serta komitmen jitu PDRM dalam memastikan keselamatan kawasan Lawas terus terpelihara.

Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama yang erat dan berterusan antara pihak polis dengan masyarakat bagi memastikan kelestarian serta kesejahteraan komuniti, terutamanya dalam menoktahkan gejala dadah.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram