Lelaki berputih mata rugi RM74,700 diperdaya ‘pegawai polis’

LAWAS – Seorang kakitangan sebuah agensi berusia 52 tahun berputih mata selepas kerugian RM74,700 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian (Macau Scam) yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintenden Liong Tindan berkata, mangsa terdahulu telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas berhubung insiden tersebut.

Menurutnya, kejadian bermula pada 11 Disember 2025 apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa mangsa telah membuat pengeluaran wang berjumlah RM86,000 bagi tujuan perubatan.

“Panggilan tersebut kemudiannya disambungkan ke sebuah ‘balai polis’ dan mangsa ditakut-takutkan kononnya dia terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai RM2 juta.

“Panik dengan dakwaan tersebut, mangsa telah diarahkan untuk mematuhi segala arahan yang diberikan oleh suspek termasuk melakukan beberapa siri transaksi perbankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Liong berkata, mangsa akhirnya menyedari bahawa dirinya telah ditipu selepas wang dipindahkan sebelum bertindak membuat laporan polis.

Jelas beliau, jumlah keseluruhan kerugian yang dialami mangsa dianggarkan mencecah RM74,700 dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika berurusan dengan pihak tidak dikenali di talian.

“Lakukan semakan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan,” tegasnya.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram