Isu pemandu mabuk, Pembela sedia khidmat pro bono kepada mangsa

PUTRAJAYA – insiden kematian tragis akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang berlaku di Jalan Raya Barat, Klang bukan sekadar satu kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian melampau yang telah meragut nyawa insan tidak berdosa.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perbuatan memandu dalam keadaan mabuk adalah satu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan.

Menurut beliau, sebarang bentuk kelonggaran atau layanan lunak terhadap pelaku hanya akan menghantar mesej yang salah kepada masyarakat dan membuka ruang kepada lebih banyak tragedi seumpamanya.

“Meminum minuman memabukkan perlu dikawal dengan lebih tegas lagi. Premis yang menawarkan minuman yang memabukkan ini juga perlu bertanggung jawab secara kediri menegah pelanggan mereka memandu dalam keadaan mabuk.

“Pembela mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang paling tegas di bawah undang-undang, termasuk memastikan pendakwaan dijalankan secara segera dan menyeluruh serta hukuman yang setimpal dikenakan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal berpandangan, kegagalan berbuat demikian adalah satu pengkhianatan terhadap keadilan dan keselamatan awam.

“Nyawa yang telah hilang sudah pasti tidak akan kembali. Namun, keadilan tidak boleh dikompromi. Pada masa ini keluarga mangsa perlu dibantu agar kesusahan yang dihadapi dapat diringankan.

“Sudah sampai masanya Kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan konsep ‘diyat’ bagi meringankan kesusahan keluarga mangsa,” katanya.

Sementara itu, Zainul Rijal memaklumkan, Pembela menawarkan khidmat pro bono pada keluarga penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah semalam.

“Ini termasuk nasihat guaman, pemantauan rapi prosiding kes, serta representasi di mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya tanpa sebarang kompromi.

“Ia juga bagi mendapatkan pampasan yang dibenarkan oleh undang-undang akibat kecuaian tersebut,” katanya.

Terdahulu, seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh pemandu mabuk dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, dilaporkan berkata siasatan awal mendapati pemandu Honda City dipercayai memandu laju, memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

Katanya, mangsa tercampak ke atas Perodua Myvi dan meninggal dunia di lokasi kejadian selain hasil ujian saringan mendapati pemandu terbabit positif alkohol dan dadah.

Jit Huey menegaskan, suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik