Diesel subsidi diseleweng guna ‘fleet card’

JITRA – Sindiket dikesan semakin licik menyeleweng dan menyeludup bahan api bersubsidi berikutan masalah bekalan minyak di Thailand termasuk menyalahgunakan ‘fleet card’ milik beberapa syarikat bagi menjalankan kegiatan itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, bagi mengekang cubaan itu, pihaknya melakukan pemantauan rapi ke atas stesen minyak, pemeriksaan kenderaan disyaki serta risikan terhadap sindiket penyeludupan.

Katanya, hasil pemantauan Op Tiris di sebuah stesen minyak di Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 10 pagi kelmarin, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun bersama sebuah lori jenis Isuzu.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek mengisi minyak di stesen tersebut menggunakan kad subsidi dan telah mengisi sebanyak 250 liter diesel ke dalam tangki tambahan yang disembunyikan di bawah timbunan kayu palet.

“Soal siasat ke atas suspek membawa kepada satu stor di Kampung Padang Satu dan menemui 2,000 liter diesel lagi yang juga disyaki minyak subsidi,” kata pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, suspek disyaki menggunakan kira-kira tiga fleet card sebelum ‘mengatur’ stesen minyak sehingga tangki minyak tambahan yang boleh memuatkan sehingga 2,000 liter minyak itu penuh.

“Ini antara modus operandi yang dilakukan sindiket bagi mengaut keuntungan di mana sekarang minyak diesel tanpa subsidi adalah berharga lebih RM5 (RM5.52), manakala minyak bersubsidi dengan fleet card lebih RM2 (RM2.15).

“Jadi dia untung kira-kira sekali ganda dengan menjual minyak itu. Kita mengesyaki diesel yang dikumpul akan dihimpunkan di stor berkenaan sebelum dijual kepada kenderaan dari negara jiran,” jelasnya.

Selain itu, kata beliau, suspek juga menggunakan van buruk yang diletakkan di stor tersebut sebagai ‘pam mini’ untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tambahnya, suspek direman selama empat hari hingga Ahad ini dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan melakukan siasatan lanjut terhadap pemilik fleet card dan pengusaha stesen minyak terlibat,” katanya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India