Malaysia gesa gencatan senjata disertai jaminan kukuh

KUALA LUMPUR – Malaysia menegaskan bahawa sebarang pelaksanaan gencatan senjata perlu disertai jaminan kukuh bagi mengelakkan kitaran keganasan berulang di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengalaman lalu menunjukkan gencatan senjata tanpa asas yang kukuh tidak mampu menjamin keamanan berpanjangan, termasuk yang berlaku di Gaza dan Lubnan.

“Pengalaman lalu membuktikan bahawa gencatan senjata tanpa jaminan kukuh hanya akan mengulang kitaran keganasan, sebagaimana yang berlaku di Gaza dan Lubnan.

“Justeru, usaha damai mesti berteraskan keadilan, akauntabiliti dan komitmen berpanjangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Malaysia berpendirian bahawa keamanan sebenar hanya dapat dicapai melalui penyelesaian menyeluruh yang menjamin keselamatan semua pihak serta memulihkan maruah kemanusiaan di rantau berkenaan.

Kenyataan itu dibuat susulan perbualan telefon beliau dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, bagi mendapatkan perkembangan terkini konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.

“Saya telah berhubung dengan Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian, bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung konflik Asia Barat yang kian meruncing.

Dalam perbualan itu, Anwar turut mengambil maklum kesediaan Iran untuk berunding dengan syarat penamatan perang secara muktamad.

Pada masa sama, beliau merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Iran atas kehilangan besar melibatkan kepimpinan tertinggi negara itu serta nyawa orang awam, termasuk kanak-kanak.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang didukung Amerika Syarikat ke atas Iran.

“Malaysia turut menyatakan keprihatinan terhadap negara-negara sahabat di Teluk yang terkesan akibat konflik ini.

“Malaysia mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam, kerana ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, prinsip kemanusiaan dan nilai keadilan,” katanya.

Menurut beliau, Presiden Iran turut menyatakan penghargaan terhadap pendirian Malaysia berhubung konflik berkenaan.

Anwar berkata, Malaysia akan terus memperkukuh solidariti terhadap Iran dan rakyatnya dalam menghadapi situasi itu.

“Sama-sama kita doakan agar konflik di Asia Barat dapat menemui jalan damai dengan kadar segera,” katanya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah