Taklimat ekonomi: PM himpunkan MB, KM dan pemimpin parti minggu depan

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghimpunkan Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin utama parti politik minggu depan bagi mengikuti taklimat mengenai kedudukan semasa ekonomi negara susulan konflik di Asia Barat.

Beliau berkata, sesi taklimat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu bertujuan memberi gambaran menyeluruh sebelum sebarang keputusan lanjut, termasuk keperluan mengadakan sidang khas Parlimen, dipertimbangkan.

“Kita akan terus adakan mesyuarat MTEN dan MKN. Minggu depan saya akan panggil semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk memaklumkan (perkembangan) kepada semua negeri, tak kira (negeri ditadbir) parti kerajaan dan pembangkang.

“Saya rancang panggil juga pemimpin semua parti untuk berunding dan mendengar sendiri taklimat MKN dan MTEN serta langkah-langkah yang harus kita ambil bersama supaya kita dapat tangani isu ini.

“Kita bincang dulu dan (cadangan panggil) sidang khas Parlimen itu biar ada rancangan (untuk) kita mengatasi (masalah dihadapi), bila sudah ada rancangan, baru kita boleh bincang secara konkrit (dalam Parlimen),” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin negara bagi menyokong usaha mencapai penyelesaian damai dalam konflik berkenaan.

Katanya, ia membabitkan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani; serta Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

“Tapi kita faham, prinsipnya jangan kita lupa bahawa permulaan keganasan itu dari Israel, Amerika Syarikat (AS) yang menyerang Iran. Tapi tempias dan kesan ekonomi itu satu dunia alami,” katanya.

Sementara itu, MKN dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kerajaan akan melaksanakan pendekatan menyeluruh dan terselaras bagi menangani perkembangan semasa.

Sebelum ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia kekal berpendirian semua pertikaian di Asia Barat perlu diselesaikan melalui saluran damai.

Beliau berkata, dialog, diplomasi serta kerjasama antara negara adalah kunci utama bagi meredakan ketegangan dan memulihkan kestabilan sejajar dengan prinsip kemanusiaan serta keadilan sejagat.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu