Warga emas rugi lebih RM300,000 ditipu ‘polis’

KUANTAN – Seorang warga emas berputih mata apabila mendakwa wang simpanannya berjumlah RM328,450.88 lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis, bulan lalu.

Lelaki berusia 64 tahun hanya menyedari kehilangan wang simpanannya selepas membuat semakan baki akaun bank semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada individu tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp yang menyamar sebagai pegawai polis dari Putrajaya pada 4 Februari.

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah penipuan dan bakal ditangkap sekiranya tidak memberikan kerjasama.

“Mangsa kemudiannya diarahkan untuk membuka dua akaun bank baharu kononnya bagi tujuan pemantauan transaksi kewangan oleh pihak polis serta membantu siasatan.

“Pada 5 Februari, mangsa memasukkan wang simpanan miliknya berjumlah RM128,208.88 dan RM200,242 ke dalam akaun-akaun tersebut seperti yang diarahkan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Yahaya berkata, mangsa turut menyerahkan maklumat perbankan akaun itu kepada suspek mengikut arahan diberikan.

Bagaimanapun, katanya, selepas lebih sebulan berlalu, mangsa melakukan semakan dan mendapati keseluruhan wang di dalam akaun berkenaan telah hilang.

“Mangsa cuba menghubungi semula suspek namun gagal sebelum menyedari dirinya diperdaya dan tampil membuat laporan polis di Rompin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasya.

Related Posts

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi. Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak