Disyaki baring atas jalan, lelaki maut digilis

LIMBANG – Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai digilis dan diseret hampir lima meter dalam satu kejadian langgar lari di Jalan Medamit, berhampiran Kampung Lubuk Tuan pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Lawrence Muran dan berasal dari Miri, ditemui terbaring berlumuran darah dengan kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, siasatan awal di lokasi mendapati mangsa dipercayai sedang baring di atas jalan sebelum dirempuh kenderaan yang melalui laluan berkenaan.

“Impak daripada pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa telah diseret hampir lima meter dari lokasi asal kejadian.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir membuat pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Parum, mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Limbang untuk proses bedah siasat dan tindakan lanjut.

Sehubungan dengan itu, pihak polis menyeru saksi kejadian atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan untuk segera tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau